Momkidsbabybeauty

Momkidsbabybeauty


Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melawat momkidsbabybeauty.blogspot.com

Saya Nursyifa Abdul Wahab, Shaklee Independent Distributor anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penghantaran percuma di Pulau Pinang (area Pulau). Pengeposan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia

Shaklee ID: 1096835 |afiysrun@gmail.com| 0174622087| FB:Nur syifa | FB Page:supplement.ifa

Isnin, 23 April 2018

Bagaimana cara untuk diet ketika masih menyusu

Apa yang anda dan bayi anda perlukan semasa menyusu?

Sesetengah kalori yang diperlukan untuk penghasilan susu badan dibekalkan oleh simpanan lemak badan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, kalori tambahan diperlukan melebihi had pengambilan pra-kehamilan anda untuk memberikan tenaga yang secukupnya untuk membekalkan keperluan bayi yang sedang membesar.

Apabila anda mula mencerai susu dengan bayi anda, keperluan kalori anda akan kembali ke tahap pra-kehamilan secara perlahan.

Apa yang perlu saya makan semasa menyusu?

Anggap penyusuan badan sebagai motivasi berterusan untuk mengikuti diet yang sihat sepertimana yang anda ikuti semasa kehamilan. Fokus ke atas pengambilan bijiran penuh seperti nasi perang dan bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dan makanan yang memberikan banyak protein, kalsium dan zat besi (dan seperti biasa, makanan ringan sekali-sekala adalah okay).

Pilih snek yang berkhasiat seperti yogurt, kekacang, telur dan sandwic yang diperbuat daripada roti gandum penuh. Adalah baik jika anda menghadkan pengambilan makanan bergoreng dan juga makanan yang disediakan dengan minyak sapi dan santan kelapa.

Dalam sesetengah komuniti, mungkin terdapat pantang terhadap sesetengah jenis makanan untuk bulan pertama atau 44 hari selepas kelahiran. Walau bagaimanapun, pakar-pakar tetap mengatakan bahawa anda tidak perlu menghadkan diet anda kecuali bayi anda menunjukkan tanda-tanda sensitif selepas menyusu.

Minum banyak air untuk mengekalkan bekalan susu anda

Pastikan anda minum banyak air – lapan sehingga 12 gelas air sehari adalah mencukupi. Untuk kepelbagaian, anda boleh pilih jus buah-buahan atau sayur-sayuran, air kurma merah, susu soya tiada gula dan minuman dadih. Ini akan membantu badan anda untuk menghasilkan susu yang diperlukan oleh bayi anda.

Berjaga-jaga dengan apa yang anda makan dan minum

Sila beringat bahawa bahan seperti kafein, alkohol dan toksin lain boleh meresap ke susu badan anda, jadi anda perlu mengelak dari memakannya secara berlebihan. Nikotin dari rokok dan ubat juga boleh masuk ke dalam susu badan anda dan perlu dielakkan (doktor anda boleh menasihatkan anda mengenai kesesuaian ubat-ubat tertentu bagi rawatan).

Anda boleh mengetahui jika anak anda sensitif kepada sesuatu yang anda makan atau minum kerana dia akan menunjukkan ketidakselesaannya dengan menjadi resah selepas menyusu, menangis tidak boleh ditenangkan atau tidak lena tidur. Jika bayi anda alah kepada sesuatu yang anda makan, anda boleh lihat reaksi pada kulitnya (ruam atau gatal-gatal), dalam pernafasannya (bunyi berdehit atau kesesakan), atau dalam najisnya(warna hijau atau bermukus). Hubungi pakar pediatrik anda untuk nasihat lanjut.

Sesetengah wanita tahu bahawa makanan berempah atau pedas akan memberi masalah kepada bayi mereka, jadi proses mencuba adalah panduan terbaik anda sebab makanan yang merangsang keadaan tidak selesa berbeza dari satu bayi ke bayi yang lain. Jika anda boleh makan ayam halia atau sayur kari pedas tanpa membawa masalah kepada bayi anda, makanlah.

Bagaimana dengan diet semasa menyusui?

Kurangkan berat badan secara perlahan dengan menggabungkan diet sihat yang rendah lemak dengan senaman ringan. Penurunan berat badan yang cepat akan membahayakan bayi anda sebab mungkin ini membebaskan toksin - yang selalunya disimpan dalam lemak badan – ke dalam aliran darah, justeru meningkatkan jumlah pencemar yang akan masuk ke dalam susu badan anda.

Sebagai tambahan, penyusuan juga membantu membakar lemak yang terkumpul semasa kehamilan dan digunakan untuk menghasilkan susu. Seorang ibu yang menyusu membakar lebih banyak kalori daripada yang tidak menyusu. Ini bermakna wanita-wanita yang menyusu boleh turun berat setengah kilogram sebulan, hanya kerana penggunaan tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan susu.

Adalah baik menunggu 10 bulan sehingga setahun untuk kembali kepada berat pra-kehamilan anda. Jika anda mahu mengurangkan sedikit pengambilan makanan anda, tunggu sehingga sekurang-kurangnya enam minggu selepas kelahiran bayi anda. Menghadkan pengambilan makanan anda pada minggu awal laktasi akan mengurangkan bekalan susu anda.

Sabtu, 21 April 2018

10 Petua Ceria Selalu

Assalamualaikum kawan-kawan.
Jom sama-sama kita ceria sepanjang hari, jika kita ceria, anak-anak ceria, satu keluarga akan ceria.

Di sini saya sertakan antara petua untuk ceria selalu:

1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa. Sebaik-baiknya solat fardu dilaksanakan di awal waktu.

2. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sekurang-kurangnya 100 kali sebelum tidur.

3. Solat sunat taubat setiap mlm & istighfar 100X utk cuci hati.

4. Selalu mengamalkan bacaan al-Quran. Seeloknya baca sekali tafsir kepada ayat al-Quran yang dibaca.

5. Bermaaf-maafan sesama rakan setiap hari. Sebelum tidur, minta maaf dengan pasangan (bagi yang dah berkahwin) dan maafkan semua orang.

6. Bisikan kepada diri sendiri dengan kata-kata positif.

7. Programkan minda dan cuci minda setiap hari.

8. Cuba melakukan puasa sunat.

9. Sering ingat yang kematian itu boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.

10. Jaga pancaindera dari segi bercakap, mendengar atau melihat perkara yang tidak bermanfaat.

Mudah-mudahan, ia memberi manfaat buat kita semua. Amin :)

Jumaat, 20 April 2018

Senarai Harga Vitamin Shaklee 2018 Terkini

Shaklee merupakan Syarikat No. 1 dalam penghasilan atau pembuatan vitamin dan makanan tambahan bagi menjamin kesihatan yang baik untuk tubuh badan kita.
Produk Shaklee adalah HALAL dan telah mendapat kelulusan daripada KKM HALAL (Islamic Services of America, ISA dan telah diiktiraf oleh JAKIM

Hampir 250 Juta USD akan dilaburkan setiap tahun bagi menjalankan ujian kualiti terhadap setiap produk bagi menjamin keberkesanan & keselamatan bagi setiap pengguna

Harga produk Shaklee sangat berbaloi jika dibandingkan dengan kualiti setiap produknya. Dibandingkan dengan produk yang ada dipasaran yang mempunyai fungsi lebih kurang sama, produk Shaklee lebih berkesan & murah bergantung dengan kuantiti & kualiti yang dibekalkan dalam setiap vitamin.

Disclaimer : Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit


Harga Vitamin Shaklee 2018

Dapatkan Harga Vitamin Shaklee 2018 Lebih Murah & Jimat Sehingga 25% Dengan Kami
Senarai Harga dibawah tidak termasuk kos penghantaran bagi setiap produk
Kadar Pos Penghantaran anggaran RM 10.60 (Semenanjung Malaysia) & RM 21.20 (Sabah/Sarawak/Labuan)

Hubungi saya untuk proses pembelian klik link ini
 https://api.whatsapp.com/send?phone=60174622087

PRODUK VITAMIN KESIHATANSAIZUV HARGA (RM)(include GST)
  • ADVANCED JOINT HEALTH TABLET
60 tablet31 UVOOS
  • ALFALFA COMPLEX
330 tablet (S)
700 tablet (L)
13 UV (S)
25 UV (L)
RM 60.95 (S)
RM 108.65 (L)
  • B-COMPLEX
120 tablet13 UVRM 58.75
  • CARATOMAX
30 kapsul19 UVRM 82.15
  • CHEWABLE VITA-C PLUS 100mg
90 tablet9 UVOOS
  •  COLLAGEN POWDER
 15 sachet 74 UV RM 315.88
  •  CoQ-TROL
 30 kapsul 33 UV RM 157.68
  •  CINCH ENERGY TEA
 25 sachet 37 UV RM 139.13
  • CINCH SHAKE MIX
15 hidangan37 UVRM 192.13
  • DTX COMPLEX
90 tablet40 UVRM 165.63
  • ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
850 gram39 UVRM 170.93
  • GARLIC COMPLEX
60 tablet13 UVRM 59.63
  • GLA COMPLEX
60 kapsul24 UVRM 96.73
  • HERB-LAX
120 tablet12 UVRM60.95
  •  LECITHIN
 180 kapsul 11 UV RM 58.30
  • MEAL SHAKES
544 gram31 UVRM 127.20
  • NUTRIFERON
30 paket41 UVRM 192.13
  • OMEGA GUARD
90 kapsul35 UVRM 144.43
  • OSTEMATRIX
120 tablet16 UVRM 64.93
  • PEPPERMINT GINGER PLUS
90 tablet12 UVRM 50.35
  • PERFOMANCE DRINK
539 gram21 UVRM 91.43
  • PHYTOCOL-ST
120 tablet49 UVRM 209.35
  • SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS
180 tablet23 UVRM 103.35
  • VITA-E COMPLEX
120 tablet38 UVRM 165.63
  • VITA-LEA FOR CHILDREN 
60 tablet28 UVRM 117.93
  • VITA-LEA IRON FORMULA 
120 tablet23 UVRM 99.38
  • VIVIX 
150 ml118 UVRM 503.50
Anda Berminat Untuk Mendapatkan Vitamin Shaklee?

Memberikan Harga & Servis yang terbaik serta telah mendapat bimbingan Doktor & Pakar Nutrisi Berpengalaman.

Hubungi saya Pengedar Shaklee Pulau Pinang & Sekitarnya. Pengeposan Seluruh Malaysia juga diberikan.

Rabu, 18 April 2018

Kepentingan Protein Untuk Kecantikan Seseorang Wanita

Tentu ramai diantara anda yang tahu mengenai manfaat dan kepentingan protein dalam diet seharian. Pengambilan protein yang mencukupi dapat membantu membina dan membaiki otot atau tisu yang rosak. Protein juga berperanan menghasilkan enzim dan hormon, menyokong sistem imun dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina yang tinggi.

Kebanyakkan protein dalam diet kita berasal dari produk berasaskan haiwan seperti daging, ikan, ayam, telur dan susu dan terdapat juga berasaskan tumbuhan seperti kekacang. Menyedari kepentingan protein dalam diet ramai juga diantara kita yang mengambil makanan tambahan bagi mencukupkan pengambilan protein seharian.

Melalui satu kajian oleh fitnessrxwomen, mereka mempercayai bahawa pengambilan protein oleh kaum wanita sangat signifiken bukan sahaja dengan kesihatan malahan kecantikan. 


Berikut adalah 10 fakta mengapa protein sangat penting kepada wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan.


Rabu, 11 April 2018

Petua Memperbanyakkan Susu Badan

Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. 

Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil lebih banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :