Momkidsbabybeauty

Momkidsbabybeauty


Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melawat momkidsbabybeauty.blogspot.com

Saya Nursyifa Abdul Wahab, Shaklee Independent Distributor anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penghantaran percuma di Pulau Pinang (area Pulau). Pengeposan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia

Shaklee ID: 1096835 |afiysrun@gmail.com| 0174622087| FB:Nur syifa | FB Page:supplement.ifa

Selasa, 17 Jun 2014

Merawat Keputihan Dan Kegatalan

Masalah keputihan dan wanita


Apa itu keputihan?

Masalah keputihan adalah sinonim pada wanita. Keputihan adalah lelehan lendir berwarna jernih atau kelabu keputihan yang keluar dari faraj wanita dan mempunyai pelbagai sifat dan berbeza pada setiap wanita yang lain.

Lazimnya, keputihan yang tidak berubah warna kepada kekuningan dan kehijauan bererti tiada jangkitan. Jika keputihan berlendir dan tidak membeku seperti susu basi atau berbau hanyir atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.


Ketahui Apa Itu Keputihan & Cara Merawatnya Dengan Berkesan

Bagaimana masalah keputihan terjadi?

Keputihan berubah mengikut perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubat-ubatan dan juga penyakit dalaman.

Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.

Keadaan stress juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.

Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial Vaginosis, Candida Vaginitis, Trichomonas Vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.

Setiap satu jangkitan mempunyai sifat yang berbeza dan bauan tertentu.

Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah lendiran biasa dan bukan disebabkan jangkitan.

Simptom-simptom anda mengalami masalah keputihan.


  • Mengalami masalah kegatalan pada faraj.
  • Kerap mengalami 'white discharge' berwarna putih dan kekuningan serta berbau.
  • Tidak selesa apabila 'bersama' suami.
  • Perlu memakai panty liner setiap hari.

Bagaimana mengatasi masalah keputihan?

Antara amalan-amalan tradisional yang boleh diamalkan adalah seperti dibawah. Dan setiap kesulitan/penyakit itu ada ubatnya cuma kita kena berusaha untuk mencari penawarnya.

Yang penting dapatkan nasihat doktor!!

Cara Pertama

  1. Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan.
  2. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih.
  3. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu.
  4. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk.
  5. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu.
  6. Minum air tersebut 2 kali sehari.
  7. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
Cara Kedua
  1. Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkannya.
  2. Kemudian anda sediakan 1 liter air suam.
  3. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam tadi.
  4. Tapislah air tersebut.
  5. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda.
  6. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita.
  7. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.

Cara alternatif bagi mengawal masalah keputihan.

Selain dirawat dengan petua tradisional, keputihan juga boleh dirawat melalui pengambilan makanan tambahan seperti Set Keputihan di bawah ni.! Yelah ada sesetengah orang lebih selesa rawatan jenis makan-makan ni. Kira sebagai alternatif lain lah ni selain cara tradisional.
Bagaimana kedua-dua suplemen Shaklee ni bertindak?


GLA Complex
  • Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
  • Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
  • Meningkatkan sistem imun tubuh
  • Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
  • Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
  • Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.
Alfalfa Complex
  • Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
  • Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
  • Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.
Sebenarnya banyak lagi fungsi GLA Complex dan Alfalfa Complex ni tapi saya senaraikan untuk menangani keputihan ajer.

Jika anda ingin mengetahui vitamin apa yang perlu anda ambil dan vitamin apa yang sesuai dengan anda dan juga bersesuaian dengan bajet dan kemampuan anda jangan segan-segan untuk menghubungi saya di FB saya atau no yang tertera di bawah...


Boleh add FB saya Nur syifa
Whatsapp atau wechat juga boleh di 017-4622087
Email: afiysrun@gmail.com
Fanpage: supplement.ifa


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan