Makanan Lancarkan Susu Ibu

Tugas utama seorang ibu selepas melahirkan bayi adalah memberikan susu ibu kepada anak tersayang. Jika di dalam kandungan, bayi bergantung sepenuhnya kepada ibu untuk menerima segala nutrisi yang diperlukan untuk tumbesarannya.
Sebaik lahir, organ si kecil masih belum terbentuk dengan sempurna. Justeru hanya susu ibu adalah makanan awal terbaik yang sesuai dengan organ penghadaman bayi. Memang ada ibu yang memberikan susu formula kepada bayinya atas faktor-faktor tertentu yang menghalang dia daripada menyusukan si comel tetapi seperti diketahui umum susu ibu adalah susu paling sempurna untuk bayi kerana khasiatnya yang sangat kompleks.