Momkidsbabybeauty

Momkidsbabybeauty


Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melawat momkidsbabybeauty.blogspot.com

Saya Nursyifa Abdul Wahab, Shaklee Independent Distributor anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penghantaran percuma di Pulau Pinang (area Pulau). Pengeposan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia

Shaklee ID: 1096835 |afiysrun@gmail.com| 0174622087| FB:Nur syifa | FB Page:supplement.ifa

Sabtu, 17 Mei 2014

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penyakit Kencing Manis

Kencing manis atau diabetes melitus ialah sejenis penyakit di mana badan mengeluarkan terlalu sedikit insulin atau insulin yang dikeluarkan tidak berkesan. Ini akan mengakibatkan paras gula dalam darah melebihi paras normal. Insulin pula adalah sejenis hormon yang dihasilkan dalam badan untuk mengekalkan paras normal gula. Akibat dari hormon insulin yang tidak mencukupi atau tidak berkesan maka gula tidak dapat memasuki dalam sel-sel badan dan seterusnya mengakibatkan paras gula darah yang tinggi.

Faktor Risiko Kencing Manis

Setiap orang boleh mendapat kencing manis tetapi sesetengah orang lebih mudah mendapat kencing manis. Faktor-faktor risiko kencing manis adalah kegemukan atau obesiti, kurang aktiviti kecergasan fizikal atau senaman, mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis, juga umur melebihi 35 tahun. Dari segi pemakanan pula, faktor-faktor risikonya adalah disebabkan pengambilan lemak berlebihan dalam makanan, pengambilan serat yang tidak mencukupi, kurang zat makanan di peringkat awal umur, juga kelahiran tidak cukup berat.

Tanda-tanda Kencing Manis


  1. Kerap dahaga 
  2. Kerap kencing 
  3. Susut berat badan walaupun berselera makan 
  4. Terasa letih dan lesu 
  5. Luka atau cedera yang lambat sembuh 
  6. Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan

Antara Kesan Penyakit Kencing Manis : Gangrene dan Katarak.


Jenis-jenis Kencing Manis

Jenis 1

Bergantung sepenuh kepada insulin

  • Kebanyakkanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja. 
  • Hanya boleh di kawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman. 
  • Terjadi kerana kekurangan insulin. 
  • Ia mempunyai kaitan dengan keturunan atau ahli keluarga yang telah mengidapnya. 
Jenis 2

Tidak bergantung dengan insulin
  • Selalu berlaku di kalangan orang dewasa yang berumur 40 tahun ke atas. 
  • Individu yang mempunyai berat badan berlebihan. 
  • Boleh di kawal dengan kawalan pemakanan dan senaman dan juga bantuan ubat-ubatan. 

Kesan Penyakit Kencing Manis.

Penyakit kencing manis yang tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :
  • Kegagalan buah pinggang 
  • Serangan jantung 
  • Kebutaan / Katarak 
  • Koma (hilang kesedaran) 
  • Angin ahmar (strok) 
  • Sakit saraf atau “mati pucuk” 
  • ‘Gangrene’ atau anggota tubuh mati/membusuk 
Penyakit kencing manis tidak boleh di sembuh tetapi ianya boleh dikawal. Untuk mengawalnya, kadar gula dalam edaran darah hendaklah sentiasa berada pada kadar normal. Selain itu kita hendaklah memberikan perhatian terhadap perkara-perkara berikut :
  1. Pengambilan ubat atas nasihat doktor. 
  2. Pemakanan sihat. 
  3. Penjagaan berat badan. 
  4. Selalu bersenam. 
  5. Elakkan jangkitan. 
Adalah lebih baik sekiranya penyakit kencing manis di cegah dari terjadi. Kaedah pencegahan yang terbaik adalah :
  1. Mempunyai berat badan unggul. 
  2. Makan pelbagai jenis makanan. 
  3. Makan mengikut umur dan aktiviti fizikal. 
  4. Makan lebih buah-buahan, sayur-sayuran kekacang dan bijirin. 
  5. Makan dengan kerap tetapi dengan kuantiti yang sedikit. 
  6. Selalu melakukan senaman. 
Suplemen Shaklee yang disyorkan bagi Penghidap penyakit Kencing Manis

1) VIVIX (paling disyorkan)
- Merupakan suplemen anti penuaan terbaik di dunia. Juga membantu memelihara jantung, otak, sistem imun, perlindungan antioksidan, peningkatan tenaga, kesihata dan kesejahteraan.

Testimoni VIVIX terhadap penghidap penyakit kencing manis


Testimoni VIVIX terhadap penghidap penyakit kencing manis

2) (GLA Complex, B Complex, Zink dan ESP)

GLA Complex - Menghalang komplikasi diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan diabetes semasa usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.

B Complex - Menukarkan makanan kepada tenaga iaitu dengan menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus megurangkan masalah keletihan.

Zink - Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

ESP - membantu menurunkan bacaan kencing manis dan menurunkan nafsu kepada makanan yang manis.

Jika anda ingin mengetahui vitamin apa yang perlu anda ambil dan vitamin apa yang sesuai dengan anda dan juga bersesuaian dengan bajet dan kemampuan anda jangan segan-segan untuk menghubungi saya di FB saya atau no yang tertera di bawah...


Boleh add FB saya Nur syifa
Whatsapp atau wechat juga boleh di 017-4622087
Email: afiysrun@gmail.com
Fanpage: supplement.ifa


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan