Momkidsbabybeauty

Momkidsbabybeauty


Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melawat momkidsbabybeauty.blogspot.com

Saya Nursyifa Abdul Wahab, Shaklee Independent Distributor anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penghantaran percuma di Pulau Pinang (area Pulau). Pengeposan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia

Shaklee ID: 1096835 |afiysrun@gmail.com| 0174622087| FB:Nur syifa | FB Page:supplement.ifa

Sabtu, 3 Mei 2014

Minyak ikan bantu kanak-kanak cepat membaca

Apa Itu DHA

DHA atau Asid docosahexaenoic adalah sejenis rantaian panjang asid lemak Omega-3. Ia merangkumi kira-kira 97% dan 93% daripada semua asid lemak Omega-3 dalam otak dan mata.

Keperluan Harian DHA

Menurut kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA), keperluan DHA kanak-kanak berusia 6 bulan sehingga 2 tahun ialah 100 miligram.


Kepentingan DHA

DHA penting untuk perkembangan otak.
  • DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan perkembangan otak adalah optimum.
  • DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untukmembentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. 
  • Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar. 
  • DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
  • kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau belajar. 

Sumber DHA

DHA boleh diperolehi secara semula dalam makanan seperti ikan salmon, tuna dan ikan daripada perairan laut dalam serta minyak kanola.
  • Jumlah pengambilan DHA oleh ibu hamil akan mempengaruhi perkembangan otak anak. 
  • Anak-anak juga memerlukan DHA secara terus kerana tubuh kanak-kanak tidak mampu untuk memproses DHA dengan sempurna sekali gus akan timbul masalah kekurangan DHA bagi perkembangan otak. 
Kesimpulanya, utk perkembangan kanak2 yg optimum, ibu bapa perlu menggalakkan anak2 mengambil makanan dari pelbagai sumber makanan demi mendapat khasiat yang seimbang.

Cth makanan yg kaya dgn Omega 3 adalah minyak soya, ikan jenis laut dalam, minyak ikan kod, telur ayam (kaya dgn omega 3), kekacang.. Akan tetapi, masalah kekurangan Omega 3 dlm diet harian boleh dibantu dgn pengambilan supplemen Omega yg lengkap dgn DHA dan EPA

Jika anda ingin mengetahui vitamin apa yang perlu anda ambil dan vitamin apa yang sesuai dengan anda dan juga bersesuaian dengan bajet dan kemampuan anda jangan segan-segan untuk menghubungi saya di FB saya atau no yang tertera di bawah...



Boleh add FB saya Nur syifa
Whatsapp atau wechat juga boleh di 017-4622087
Email: afiysrun@gmail.com
Fanpage: supplement.ifa


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan