
Kerisauan biasa ibu selepas bersalin adalah untuk mendapatkan kembali badan langsing. Kadang kala hati jadi cemburu melihat ada teman yang masuk kerja selepas bersalin dengan bentuk badan asal seolah-olah tidak mengandung sebelum ini. Apa rahsianya?
Mungkin ada sesetengah wanita dikurniakan kelebihan mudah menurunkan berat badan yang bertambah sepanjang kehamilan. Tetapi ada pula wanita yang sudah setahun melahirkan anak masih lagi kekal dengan bentuk badan seperti zaman mengandung.