Momkidsbabybeauty

Momkidsbabybeauty


Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melawat momkidsbabybeauty.blogspot.com

Saya Nursyifa Abdul Wahab, Shaklee Independent Distributor anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penghantaran percuma di Pulau Pinang (area Pulau). Pengeposan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia

Shaklee ID: 1096835 |afiysrun@gmail.com| 0174622087| FB:Nur syifa | FB Page:supplement.ifa

Rabu, 25 Jun 2014

Petua Sembuhkan Demam Denggi

Demam denggi adalah sejenis penyakit yang berpunca dari gigitan nyamuk dan statistik jelas menunjukkan bahawa demam denggi adalah salah satu dari masalah kritikal dalam dunia kesihatan moden bukan sahaja di Malaysia tetapi masalah kesihatan global. Terdapat beberapa jenis demam denggi tetapi denggi berdarah adalah yang paling berbahaya kerana ianya boleh membawa maut. Punca utama penyakit ini adalah apabila nyamuk Aedes betina hinggap dan menggigit tubuh manusia sekaligus menyebarkan virus Denggi atau bahasa saintifiknya (genus Flavivirus). Kemudian, pesakit akan mengalami simptom seperti demam tiba-tiba, sakit kepala kronik, bebola mata sakit, sakit sendi/otot, sakit pinggang luarbiasa dan diserang gatal-gatal.


Rawatan Bagi Demam Denggi

Sebenarnya tiada satu rawatan khusus untuk mengubati demam denggi. Namun, bagi kes seperti demam denggi sama ada tiba-tiba atau tidak, cecair yang disalurkan secara oral sudah cukup untuk menggantikan kehilangan cecair badan yang banyak akibat denggi. Biasanya, penggunaan ubat antipiretik akan digunakan untuk meredakan demam.

Di samping itu, ada juga tips-tips bagi rawatan alternatif yang boleh dicuba sebagai usaha untuk menyembuhkan pesakit demam denggi.

6 tips bagi rawatan alternatif sebagai penawar demam denggi:


  1. Minum air suam / air masak dalam kuantiti yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
  2. Reneh sup ketam sama ada ketam laut atau ketam nipah, kemudian beri kepada pesakit untuk dimakan dan pastikan sup ketam itu dihirup dalam kuantiti yang perlu.
  3. Jus daun betik juga dikatakan mujarab sebagai penawar denggi dengan menumbuk daun betik matang sehingga lumat dan dapatkan jusnya. Berikan satu sudu kecil jus daun betik kepada pesakit.
  4. Jus buah kiwi juga boleh dicuba dengan mengisar buah kiwi yang segar dan kemudian minum jusnya.
  5. Jus kurma juga sama konsepnya dengan buah kiwi tadi. Cuma kisar bersama-sama air suam dan berikanlah pesakit untuk minum waktu pagi dan petang.
  6. Makan tembikai dalam kuantiti yang banyak. Sebenarnya konsep ini adalah untuk mendapatkan jus tembikai tersebut bagi menggantikan cecair tubuh dan sifat buah tembikai itu sendiri yang menyejukkan badan.
Penggunaan Suplemen Tambahan Membantu Menyembuhkan Denggi

Supplemen Alternatif



Bagi mengatasi masalah dehidrasi dan suhu badan yang tinggi, anda boleh cuba Performance Drink Shaklee. Ianya adalah satu-satunya minuman isotonik yang bebas karbonat (tidak bergas) dan kurang gula. Anda mungkin telah biasa mengambil minuman isotonik yang ada di pasaran, tetapi sedarkah anda minuman isotonik tersebut mempunyai gula berlebihan dan berkarbonat.



Bagi meningkatkan tahap imun atau rintang kepada penyakit, cubalah Nutriferon Shaklee. Nutriferon Shaklee adalah “immune booster” ciptaan pakar imun dari Jepun, Dr. Yasuhiko Kojima. Nutriferon meningkatkan interferon semulajadi badan dan sekaligus menguatkan tindak balas imun badan. Nutriferon sangat sesuai diambil oleh mereka yang mempunyai masalah antibodi lemah, sering selsema dan demam serta membantu mereka yang lambat sembuh dari penyakit.

**Jika anda, keluarga anda dan terutamanya anak-anak anda didapati ada simptom-simptom seperti yang dinyatakan di atas, segeralah berjumpa dengan doktor dan membuat pemeriksaan lanjut.

Boleh add FB saya Nur syifa
Whatsapp atau wechat juga boleh di 017-4622087
Email: afiysrun@gmail.com
Fanpage: supplement.ifa


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan