Momkidsbabybeauty

Momkidsbabybeauty


Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melawat momkidsbabybeauty.blogspot.com

Saya Nursyifa Abdul Wahab, Shaklee Independent Distributor anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penghantaran percuma di Pulau Pinang (area Pulau). Pengeposan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia

Shaklee ID: 1096835 |afiysrun@gmail.com| 0174622087| FB:Nur syifa | FB Page:supplement.ifa

Rabu, 18 Jun 2014

5 Rahsia Penting Kulit Cantik

Rahsia Kulit Cantik


5 Rahsia penting kulit cantik

Apa yang penting adalah menjaganya dari dalam agar terserlah kecantikan sejatimu yang semulajadi.

1. TIDAK MEROKOK

Bahan kimia yang disedut daripada rokok akan mengecilkan pembuluh darah dalam badan, mengurangkan kandungan oksigen dan juga nutrisi yang dibekalkan untuk melembabkan tisu dalam badan. Pengecutan kapilari darah akan bertahan selama sejam sebaik sahaja rokok disedut secara terus ke dalam paru-paru. Rokok juga membuatkan seseorang itu nampak lebih tua daripada umur sebenar. Sebaik-baiknya elakkan diri anda daripada terhidu asap rokok kerana ia bukan saja merosakkan kulit tetapi anda terdedah dua kali ganda risiko untuk mendapat penyakit berbanding dengan mereka yang merokok.

2. REMAJA DARI DALAM

Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air kosong setiap hari, makan pemakanan yang seimbang dan lebihkan buah-buahan. Buahbuahan dan sayuran mengandungi antioksidan yang diperlukan kulit dan kaya vitamin seperti teh hijau, soya, vitamin A, B, C, dan E yang sangat baik untuk kesihatan dan ketegangan kulit supaya kelihatan muda.

3. PENGELUPASAN KULIT

Pengelupasan kulit merupakan satu cara yang terbaik untuk proses peremajaan kulit. Namun, para pakar dermatologi memberi peringatan pengelupasan melampau akan menyebabkan kulit menjadi kering, iritasi dan kemerahan serta terdedah kepada bahaya ultraungu. Sebaik-baiknya jangan menggunakan rawatan pengelupasan atau melakukan skrub dengan terlalu kerap lebih daripada dua kali seminggu.

4. PELEMBAP ANTIOKSIDAN

Waktu tidur merupakan waktu terbaik untuk mengembalikan semula kelembapan kulit dengan pelembab yang mengandungi antioksidan dan vitamin yang tinggi. Kajian menunjukkan bahawa kulit berada pada keadaan yang terbaik pada waktu malam untuk menyerap kandungan aktif yang terdapat pada produk penjagaan kulit.

5. BERSENAM

Senaman adalah aktiviti paling disarankan oleh pakar penjagaan kulit jika anda menginginkan tubuh yang sihat dan sentiasa bertenaga. Senaman secara rutin juga membantu melancarkan peredaran darah dan kulit kelihatan lebih tegang dan muda. Setengah jam bersenam ringan tiga kali seminggu sudah memadai sebagai permulaan senaman.

Perpeluhan menggalakkan rembesan bahan toksik dari badan, pernafasan teratur juga mampu merehatkan ketegangan saraf dan motor otot-otot dalam badan. Senaman memberi oksigen yang cukup kepada jantung, paru-paru dan juga kulit.

Set Kulit Cantik Shaklee


  • Vita-C : Vitamin C memainkan peranan utama dalam penghasilan kolagen yang kritikal bagi wajah anda. Kekurangan paras kolagen mengakibatkan kulit wajah anda lembik, berkedut dan kelihatan tua. Inilah sebabnya banyak artis Hollywood mementingkan tahap kolagen yang mencukupi terutamanya yang sudah berusia, agar wajah kekal licin, tegang dan sihat seperti wanita muda 20-an. 
  • Energy Soy Protein (ESP): Apabila sel kulit kita mati ia akan digantikan dengan sel kulit yang baru. Parut-parut jerawat di wajah anda selama ini adalah akibat sel-sel kulit mati tidak diperbaharui dengan sel-sel kulit yang lebih sihat. Amatlah rugi jika kita tidak menggunakan kesempatan meningkatkan kualiti sel-sel kulit yang baru itu menerusi bekalan protein (ESP) secukupnya. (ESP juga adalah antara produk terhangat Shaklee yang amat laris di pasaran, jadi order sekarang sebelum kehabisan stok) 
  • B Complex : merupakan kumpulan beberapa jenis vitamin B yang memainkan peranan penting untuk kulit yang sihat. Selain meratakan tona kulit pada wajah, B Complex juga membantu menstabilkan hormon-hormon badan dan mengurangkan stress. Ini secara tidak langsung mengurangkan jerawat kerana banyak kajian menunjukkan stress menyumbang kepada “kesuburan” jerawat di muka. Jadi ambillah B Complex untuk kulit yang cantik dan ceria. 
  • Vitamin E :merupakan ejen antioksidan (bukan ejen 007) dan anti-penuaan yang hebat. Sebagai antioksidan, ia meneutralkan radikal bebas yang merosakkan kolagen dan mengakibatkan kulit kering, garis-garis halus dan kedutan. Jadi pengambilan Vitamin E yang optimum memastikan kulit anda lebih sihat dan gebu selain memudarkan parut jerawat yang sedia ada.





Boleh add FB saya Nur syifa
Whatsapp atau wechat juga boleh di 017-4622087
Email: afiysrun@gmail.com
Fanpage: supplement.ifa


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan