Apakah itu Ruam Lampin?
Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung,kelengkang dan peha. Kulit baby adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Oleh itu ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah baby jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?
- Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit baby yang sensitif menyentuh air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
- Najis baby terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan baby, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
- Alahan pada bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun atau pelembut yang digunakan untuk mencuci lampin kain.
- Sabun yang tidak dibilas dengan sempurna daripada kulit baby selepas mandi.
- Alahan atau kerengsaan apabila tersentuh pada lapisan bahagian dalam lampin.
- Pertukaran dalam makanan baby yang mana menyebabkan air kencing dan najisnya lebih merengsakan kulit akibat meningkatnya kandungan asid.
- Alahan pada bahan kimia yang terdapat di dalam lampin pakai buang. Pulpa dan bahan sintetik merupakan bahan utama untuk pembuatan lampin pakai buang. Bahan kimia iaitu dioxin terhasil semasa proses melembut dan menggebukan pulpa supaya menjadi kepingan kertas yang putih dan gebu.
Tanda-tanda Ruam Lampin
Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.
Komplikasi Ruam Lampin
- Ruam dijangkiti bakteria atau kulat
- Jangkitan salur kencing
- Ekzema atau ruam kulit alergik
- Rawatan terbaik ialah menukar lampin secara kerap dan juga penggunaan bahan pelindung kulit yang mengandungi zink oksida.
- Gunakan air suam untuk mencuci punggung baby setiap kali selepas membuang air kecil atau besar.
- Tukar lampin bayi dengan kerap, dan biarkan mereka tanpa lampin apabila perlu untuk menggalakkan pengudaraan dan mengeringkan kulit baby.
- Elakkan dari menggunakan tepung jagung kerana ia menggalakan pertumbuhan bakteria dan kulat.
- Elakkan dari menggunakan bedak talkum kerana ia boleh memasuki paru-paru baby dan boleh menyebabkan masalah pernafasan.
Pencegahan Ruam Lampin
Perkara utama untuk mencegah dan mengelakkan ruam lampin adalah dengan memastikan kawasan lampin baby anda sentiasa bersih, nyaman dan kering.- Periksa lampin baby anda secara kerap dan tukarkannya sebaik sahaja ia basah atau kotor.
- Berhati-hati membersihkan bahagian punggung baby anda apabila menukar lampin. Gunakan air suam dengan atau tanpa sabun yang lembut.
- Biarkan kulit baby anda kering sepenuhnya sebelum memakaikannya semula dengan lampin lain.
- Gunakan ubat sapu yang mengandungi zink oksida untuk melindungi kulit baby anda.
- Elakkan penggunaan seluar plastik dan kain lampin yang diikuti dengan penggunaan lampin plastik.
- Elakkan penggunaan sapuan lampin / wipes (tisu basah) yang mengandungi alkohol.
- Sekiranya ruam berterusan, tukarkan jenis sapuan lampin, lampin dan sabun yang digunakan.
Sebenarnya ruam lampin ni ada banyak jenis. Jenis yang ringan..yang kulit baby kemerahan biasa..dipanggil contact dermatitis. Cara rawatan di atas sesuai digunakan untuk merawat ruam jenis ni. Penting untuk kita memastikan jenis ruam lampin baby bagi menentukan cara rawatan yang sesuai. Selain contact dermatitis ni, terdapat juga ruam lampin jenis candida dan juga Seborrheic dermatitis.
Ruam lampin candida
- Jangkitan kulat pada kulit di kawasan lampin yang mungkin meliputi bahagian punggung, celah paha, paha dan abdomen.
- Disebabkan oleh organisma Candida albicans di mana ia hidup di kawasan panas dan basah.
- Ia muncul sebagai ruam yang berwarna merah lembab dengan bintil-bintil kecil berwarna putih atau kuning, dan dalam keadaan yang lebih teruk warnanya menjadi lebih merah.
- Ia mudah dibezakan daripada contact dermatitis jika ruam tersebut melibatkan lipatan-lipatan anggota badan.
- Jika ruam ini tidak hilang dalam masa tiga hari dengan rawatan yang bersesuaian, bawa anak anda berjumpa doktor kerana mungkin ia bersangkutan dengan jangkitan kulat.
- Krim atau ubat sapu antikulat, seperti nystatin, disapukan pada kawasan ruam beberapa kali sehari.
- Keringkan kawasan yang dijangkiti.
- Sapukan krim antikulat diikuti dengan krim zink oksida.
Berjumpa doktor sekiranya:
- Ruam lampin berlaku dalam jangka masa 6 minggu selepas kelahiran.
- Sekiranya ruam menjadi jerawat dan ulser kecil.
- Baby anda demam.
- Baby anda susut berat badan atau tidak makan seperti biasa.
- Wujudnya benjolan atau bintik-bintik.
- Ruam tersebut merebak ke bahagian lain seperti lengan, muka dan kulit kepala.
- Ruam tersebut tidak sembuh selepas mencuba rawatan-rawatan yang disyorkan dalam masa satu minggu.
Seborrheic dermatitis
Tanda-tanda dan simptom- Disebabkan oleh pengeluaran minyak yang berlebihan oleh kelenjar sebaceous.
- Ruam berwarna merah, bersisik dan berminyak.
- Dilihat sejurus selepas kelahiran di tempat-tempat yang mengandungi banyak kelenjar sebaceous iaitu kulit kepala (cradle cap), di belakang telinga, bawah lengan, di celah peha, dan di lipatan kaki.
- Kadang-kadang jika ruam sangat teruk, ia boleh mengeluarkan cecair.
- Jangkitan kuman boleh terjadi.
- Kemungkinan akan berlaku sisik-sisik di bahagian kening, muka dan kulit kepala.
- Krim steroid jika perlu boleh membantu keadaan ini.
- Kadang-kadang krim antikulat diperlukan jika ada jangkitan kulat.
- Minyak zaitun boleh melembutkan sisik-sisik dan kulit kepala dapat dirawat dengan penggunaan syampu.
Selain contact dermatitis, candida dan juga Seborrheic dermatitis, penyebab lain ruam di kawasan lampin termasuk:
- Atopic dermatitis
- Jangkitan seperti bullous impetigo atau jangkitan streptococcus
Vitamin E dan Herbal Blend Shaklee juga dapat membantu para mommies untuk merawat masalah ruam lampin pada baby.

7 Kebaikan Vitamin E Complex Shaklee Dalam Mengurangkan Ruam Lampin Bayi
- Bersifat minyak - bertindak sebagai pelembap dan mengurangkan kesan geseran pada kulit
- Mengurangkan kegatalan dan alergi
- Membantu menghilangkan kesan parut
- Mencantikkan dan menghaluskan tekstuk kulit
- Vitamin E Shaklee adalah semulajadi, tidak berasaskan bahan kimia berbahaya jadi selamat dan terjaga kebersihannya untuk kegunaan luar bagi kanak-kanak
- Vitamin E membantu meningkatkan kesuburan bagi lelaki dan perempuan. Jadi tidak merbahaya walaupun digunakan dibahagian intim. Tidak seperti bedak yang mana habuk bedak yang melekat di kawasan vagina boleh menyebabkan risiko kanser
- Vitamin E boleh disapu terus pada luka dan tidak memedihkan

7 Kebaikan Herbal Blend Multipurpose Cream Dalam Mengurangkan Ruam Lampin Bayi
- Sesuai digunakan untuk kesan ruam
- Sesuai digunakan untuk masalah eczema
- Melembutkan kulit yang kasar
- Membantu menghilangkan parut
- Membantu masalah kulit gatal
- Sesuai digunakan untuk memperbaiki luka kecil
- boleh digunakan sebagai losyen harian untuk semua peringkat umur dari kanak-kanak hingga dewasa
Kesimpulannya..semoga lepas ni mummies lebih berhati-hati dalam mengendalikan lampin baby. Prevention is better than cure! kesian baby kalau dah kena ruam lampin ni. Jangan ingat baby tak pernah kena ruam lampin..dia kekal tidak kena..so, renung-renungkan

Boleh add FB saya Nur syifa
Whatsapp atau wechat juga boleh di 017-4622087
Email: afiysrun@gmail.com
Fanpage: supplement.ifa
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan