Momkidsbabybeauty

Momkidsbabybeauty


Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melawat momkidsbabybeauty.blogspot.com

Saya Nursyifa Abdul Wahab, Shaklee Independent Distributor anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penghantaran percuma di Pulau Pinang (area Pulau). Pengeposan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia

Shaklee ID: 1096835 |afiysrun@gmail.com| 0174622087| FB:Nur syifa | FB Page:supplement.ifa

Rabu, 16 Julai 2014

Kebaikan Hubungan Seks Sihat

Keharmonian rumah tangga bukan setakat hubungan seks yang manis.

Kebaikan hubungan seks sihat turut memberikan manfaat yang besar buat kesihatan dan kecantikan kulit. Berikut ini beberapa kebaikan hubungan seks sihat yang dilakukan secara rutin dengan pasangan anda.



1. Melawan Kedutan

Hormon stress dan hormon anti stress di dalam tubuh seperti permainan jongkang jungkit. Dua hormon tersebut akan turun naik dalam tubuh anda. Seks (terutama saat orgasme) akan menghasilkan hormone endorin dan hormone pertumbuhan tubuh. Ia akan membuatkan tubuh memperbaiki sel-sel rosak yang disebabkan oleh matahari dan juga merokok.
Selain itu, ia juga akan menurunkan hormone kortisol yang memuncak ketika anda sedang stress. Bahaya yang terkandung daripada hormone kortisol adalah boleh menghancurkan kolagen. Kerosakan kolagen boleh menyebabkan segala kedutan itu timbul.



2. Kulit Lebih Cerah & Anjal

Tidur adalah formula kecantikan yang boleh anda dapati secara percuma. Ketika tidur sel-sel yang mempengaruhi kulit bekerja. Setelah mengalami orgasme, anda akan tertidur dengan lebih cepat dan bangun dalam keadaan yang lebih segar. Selain itu, kebaikan hubungan seks sihat adalah mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata serta bengkak.
Walaupun tanpa orgasme, seks tetap berupaya untuk meningkatkan perjalanan darah pada kulit. Malahan ketika anda dan pasangan bercium, ia turut meangsang otot wajah bekerja serta membakar kalori.



3. Melembutkan Kulit Wajah

Setelah melakukan hubungan seks, melepaskan minyak semulajadi seperti asid linoleat. Ia adalah sejenis pelembap yang melindungi sel kulit dengan melapisinya. Ini membuatkan wajah anda berseri-seri selama beberapa hari setelah melakukan hubungan seks.


4.Meredakan Sakit Kepala

Beberapa kajian menyatakan, bahawa hubungan seks mampu meredakan sakit kepala. Ketika anda melakukan hubungan seks, tubuh melepaskan hormone endorphin yang merupakan ubat penghilang rasa sakit semulajadi.


Info Ekstra!

Waktu Terbaik Untuk Melakukan Hubungan Seks


  • Tengah Malam
    Jika anda sering mengalami imsomnia, daripada stress begitu sahaja ada baiknya anda mengajak pasangan anda melakukan hubungan seks. Selain dapat meredakan imsomnia, ia akan memperkuatkan lagi kemesraan hubungan anda dan pasangan.
  • Pagi Hari
    Tuntutan kerja dan sebagainya adakalanya membuatkan anda dan pasangan tidak mempunyai waktu untuk melakukan hubungan intim. Tidak ada salahnya jika anda menyediakan sedikit waktu pada pagi hari untuk melakukan ‘morning sex’. Segalanya lebih mudah dilakukan kerana pada pagi hari merupakan saat rangsangan normal bagi lelaki.
  • Sebelum Menstruasi
    Tidak ramai yang mengetahui kebaikan melakukan hubungan seks sebelum waktu menstruasi boleh mengurangkan rasa sakit menstruasi. Ini adalah kerana seks akan membantu produksi hormone tertentu yang akan membuatkan ada berasa lebih tenang dan mampu membantu anda melawan rasa sakit tersebut.
  • Hujung Minggu
    Jika anda dan pasangan terlalu sibuk, manfaatkan cuti hujung minggu dengan sebaik mungkin. Cuba dapatkan suntikan energi dan salah satu daripadanya adalah dengan melakukan hubungan seks.
  • Sebelum Pergi Kerja
    Whoa! Berita baik buat anda yang sering rasa lemah dan mengantuk di pagi hari. Luangkan beberapa minit sebelum anda mahu berangkat ke tempat kerja dengan melakukan hubungan seks dengan pasangan. Beberapa hormone aktif akan muncul setelah anda melakukan hubungan seks. Ia akan membuatkan anda rasa lebih bersemangat dan berenergi sepanjang hari!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan