Momkidsbabybeauty

Momkidsbabybeauty


Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melawat momkidsbabybeauty.blogspot.com

Saya Nursyifa Abdul Wahab, Shaklee Independent Distributor anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penghantaran percuma di Pulau Pinang (area Pulau). Pengeposan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia

Shaklee ID: 1096835 |afiysrun@gmail.com| 0174622087| FB:Nur syifa | FB Page:supplement.ifa

Sabtu, 5 Julai 2014

Khasiat Diperlukan Kanak-Kanak



Kanak-kanak dalam lingkungan satu setengah hingga tiga tahun sangat lasak. Hari-hari mereka penuh dengan aktiviti yang memerlukan pergerakan aktif. Oleh itu mereka amat memerlukan sajian makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Kebimbangan ibu bapa terhadap keperluan khasiat makanan anak mereka memang perkara normal. Namun, perlu diketahui, selagi anak anda makan makanan daripada piramid makanan yang dicadangkan ia sudah mencukupi.

Antara makanan yang tergolong daripada kumpulan yang disarankan termasuk roti, pasta, nasi, ubi kentang, buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu, telur, ikan dan daging. Oleh itu sekiranya si manja makan kesemua makanan tersebut, anda tidak perlu risau.


Makanan Berkanji

Makanan ini adalah sumber utama dalam diet harian kanak-kanak. Makanan ini turut membekalkan tenaga, serat, vitamin dan mineral pada mereka. Antaranya bijirin sarapan pagi, roti, pasta, nasi dan ubi kentang. Bagaimanapun, roti gandum dan beras perang tidak digalakkan diberikan kepada kanak-kanak dalam kuantiti yang banyak kerana mereka sukar menghadam makanan yang terlalu berserat. Akibatnya, mereka akan ada masalah dengan perut dan dalam masa yang sama selera makan menurun.

Buah-buahan dan Sayuran

Pengambilan makanan jenis ini mesti menjadi salah satu daripada diet harian kanak-kanak. Keduanya kaya dengan vitamin, mineral dan serat. Pastikan anak anda mengambil empat hingga lima hidangan sayur-sayuran atau buah-buahan yang berbeza setiap hari.

Daging, Ikan dan Telur

Kanak-kanak perlukan protein untuk tumbesaran mereka. Jadi, pastikan makanan jenis ini tidak ditinggalkan dalam menu harian anak.

Produk Tenusu

Susu, keju dan yogurt kaya dengan kalsium yang diperlukan untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. Selain kalsium, sumber makanan ini turut mengandungi protein, vitamin dan mineral.

Makanan Berlemak

Kanak-kanak perlukan lebih banyak makanan berlemak dalam diet harian mereka berbanding orang dewasa kerana mereka perlukan lebih tenaga untuk tumbesaran mereka. Namun, bukan semua makanan yang diambil perlu berlemak.

Makanan Masin

Seeloknya jauhkan garam daripada makanan anak anda. Begitu juga dengan perisa tambahan.

Makanan Bergula

Jauhkan makanan bergula daripada anak-anak sejak mereka kecil lagi. Memang sukar menjauhkan anak kecil daripada gula-gula atau aiskrim. Tetapi jika sudah terbiasa tidak menjamah makanan tersebut, tentu ia tidak menjadi masalah.

Makanan Tambahan

Jadi untuk membantu mendapatkan secukupnya khasiat vitamin dan mineral untuk kesihatan anak-anak kita boleh memberikan supplement shaklee yang selamat kepada mereka.

Supplement shaklee tidak memudaratkan kesihatan kanak-kanak kerana 100% semulajadi, tidak mengandungi perasa, pewarna, dan pengawet tiruan serta telah diuji dengan lebih 80,000 ujian termasuk ujian klinikal. Dan yang paling penting produk shaklee diuji ke atas manusia sahaja. Shaklee tidak menggunakan sebarang jenis haiwan dalam uji kaji mereka.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4b0a0290ad7df100b77e86839989a75e
Vitamin-vitamin shaklee ini membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh terhadap jangkitan virus, bakteria, kulat dan radikal bebas yang mudah menyerang system pertahanan tubuh kanak-kanak.

Kombinasi set kesihatan kanak-kanak ini juga membantu anak lebih cerdik, menguatkan daya ingatan, membantu anak lebih fokus, ceria, berat badan bertambah, aktif secara normal, dan membantu meningkatkan selera makan anak anda.

Jika anda berminat untuk mendapatkan set kanak-kanak Shaklee untuk insan tersayang anda, sila klik gambar set kanak-kanak tersebut untuk membuat pembelian terus secara online (selepas klik gambar anda boleh memilih prosuk yang anda inginkan untuk anak anda atau anda juga boleh terus mengambil satu set lengkap kanak-kanak) atau anda juga boleh hubungi saya melalui talian yang tertera di bawah.


Boleh add FB saya Nur syifa
Whatsapp atau wechat juga boleh di 017-4622087
Email: afiysrun@gmail.com
Fanpage: supplement.ifa


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan