Momkidsbabybeauty

Momkidsbabybeauty


Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melawat momkidsbabybeauty.blogspot.com

Saya Nursyifa Abdul Wahab, Shaklee Independent Distributor anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penghantaran percuma di Pulau Pinang (area Pulau). Pengeposan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia

Shaklee ID: 1096835 |afiysrun@gmail.com| 0174622087| FB:Nur syifa | FB Page:supplement.ifa

Rabu, 16 Julai 2014

6 Tips Agar Tidur Lebih Lena



T.I.D.U.R adalah aktiviti yang cukup ‘syok’ bagi sesetengah orang. Jom ketahui teknik berkesan untuk tips tidur lena di sini.

Ketika tidurlah kita dapat beristirehat dan badan akan terasa lebih segar saat kita bangun nanti.

Sewaktu tidur jugalah tubuh kita akan bekerja untuk memperbaiki sel-sel yang rosak dalam tubuh serta membuat fikiran kita menjadi lebih tenang.

Masalah tidak cukup tidur atau tidur yang tidak berkualiti adalah perkara yang sering kita dengar. Tak tidak kira di pejabat, kelas mahupun di warung kopi. Malah, wujud juga penyakit yang disebabkan kekurangan waktu tidur, iaitu insomnia.

Kurang tidur boleh menyebabkan emosi seseorang itu menjadi tidak stabil, penat dan kemampuannya untuk berfikir juga menjadi berkurangan. Ramai yang mengalaminya, walaupun saat itu sudah terlentang di atas katil tapi mata tetap juga tak mahu lelap!

Macam mana nak atasi masalah ini supaya kita boleh menikmati tidur lena di malam hari? Jangan risau, anda boeh cuba beberapa tips ini. Antaranya ialah:

1.Elak Mengambil Kafien

Mengambil kafien ketika bekerja mungkin akan memberikan anda kesegaran dan kekuatan pada mata anda daripada mengantuk. Namun, jika kafein diambil lewat iaitu pada waktu malam akan mengakibatkan anda tidak mendapat tidur yang nyenyak.
Kandungan kafein yang terdapat pada minuman anda seperti kopi atau Nescafe akan menyahaktifkan badan anda untuk tidur lena, sekaligus membuatkan anda kurang rehat. Akibatnya, anda menjadi lesu atau tidak bermaya untuk ke pejabat atau kelas. Secara tidak langsung, ia membuatkan produktiviti kerja anda merosot.

2. Makan Lebih Awal Pada Waktu Malam

Makan pada waktu malam adalah bagus untuk memulihkan tenaga anda setelah berpenat di siang hari memerah kudrat melakukan pelbagai tugas dan akitiviti. Ia juga baik untuk mengecas tenaga anda apabila penat bersenam ketika di gim atau bersukan.
Namun, awas! Anda perlu makan lebih awal makan pada waktu malam. Apabila anda menangguhkan makan malam sehingga ke larut malam dikhuatiri akan mengganggu sistem penghadaman. Malahan, berat badan anda juga mungkin akan bertambah!

3.Elakkan Diri daripada Stress

Manusia mana yang tidak pernah menghadapi masalah di dunia ini. Terdapat pelbagai jenis masalah yang bakal dihadapi seperti kelewatan mendapat gaji, masalah di tempat kerja, mengejar tarikh akhir penghantaran tugasan atau pergaduhan antara anda dan pasangan.
Anda haruslah lupakan segala stress yang sedang membelenggu onak fikiran anda. Cuba lakukan perkara yang boleh menenangkan fikiran dan sentiasa berfikiran positif supaya mental anda tidak terganggu. Apabila minda anda tenang, maka tidur anda pun akan menjadi lebih lena.

# Jika tidak lena disebabkan fikiran terlalu runsing walaupun sudah cuba untuk melelapkan mata, bingkas bangkit dari katil. Cuba lakukan apa-apa aktiviti ringan di dalam keadaan yang gelap.

4. Hindari Menonton Televisyen

Mungkin sudah menjadi tabiat bagi sesetengah orang menonton televisyen sebelum tidur boleh menghiburkan hati. Tambahan pula, semakin malam, semakin banyak pula cerita-cerita menarik yang ditayangkan.
Cuba elakkan, apabila anda terus menonton cerita yang menjadi kegemaran anda ia akan menyebabkan badan anda menghantar isyarat kepada otak anda untuk terus menontonnya walaupun badan anda sudah penat dan rasa mengantuk.
Perkara ini menyebabkan anda bukan sahaya kurang tidur, bahkan terlambat bangun pada keesokan paginya. Anda disarankan untuk tidak menonton televisyen dalam suasana sekeliling yang gelap kerana ia akan mengelirukan otak anda dengan menghadkan pengeluaran hormon melatonin, hormon yang menggalakkan seseorang supaya tidur.

5. Persekitaran yang Nyaman

Persekitaran yang nyaman yang dimaksudkan ialah persekitaran yang sejuk, selesa dan kondusif. Anda hendaklah memastikan ruang tidur di dalam keadaan yang selesa. Tidak terlalu sejuk atau panas sehingga membuatkan anda berpeluh-peluh.
Selain itu, pastikan juga ruang beradu tidak terlalu sempit dan bersih.Elakkan daripada cadar yang berbau.

6. Elak MoodSnoozedi dalam Penggera Anda

KIni terdapat pelbagai jenis penggera yang terdapat di pasaran. Telefon bimbit juga mempunyai aplikasi khas untuk jam penggera. Fungsi mood snooze yang ada pada jam penggera membolehkan seseorang itu menyambung kembali tidurnya untuk beberapa minit atau sentiasa peka dengan waktu yang telah ditetapkan.
Ya, anda akan mendapat beberapa minit tambahan dalam tidur. Tetapi tahukah anda, bunyi jam penggera kerap akan mengganggu kitaran tidur semulajadi anda!
Ada pebagai cara yang boleh kita lakukan agar tidur kita lebih nyenyak. Paling penting, anda harus menetapkan waktu tidur dan bangun yang tepat. Jadi, jika anda tidur pada jam yang sudah anda tetapkan, anda harus masuk tidur. Begitulah sebaliknya. Lakukannya pada setiap hari. Ini juga dapat membantu kualiti tidur anda lebih baik dan lena!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan