Momkidsbabybeauty

Momkidsbabybeauty


Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melawat momkidsbabybeauty.blogspot.com

Saya Nursyifa Abdul Wahab, Shaklee Independent Distributor anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penghantaran percuma di Pulau Pinang (area Pulau). Pengeposan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia

Shaklee ID: 1096835 |afiysrun@gmail.com| 0174622087| FB:Nur syifa | FB Page:supplement.ifa

Selasa, 15 Julai 2014

Rawat Ulser Mulut dengan Shaklee

Cuaca Malaysia sekarang ni tak menentu. Kejap kita rasa sejuk sangat2. Esoknya tu tetiba rasa panas membahang. Yang kesiannya pada anak2 kecil lah. Demam, batuk, selsema. Dengan penyakit sebaran nya lagi macam denggi tu. Macam-macam.

Semalam baru sorang kawan cakap anaknya ada ulser mulut. Pedih woo ulser mulut ni. Kita yang dewasa pun tak tertahan. Inikan budak2.. Kesian sampai taknak makan, minum semua. Yelah, pedih mulut. Mana lalu nak telah apa2.

Dulu masa sekolah, ada jugak sorang kawan ni, tiap kali datang bulan mesti ada ulser. Banyak pulak tu. Seram jgk tengoknya. Orang kata ulser mulut ni sebab panas dalam dengan kurang air. Jom kita tengok sikit2 pasal ulser mulut ni.


Gambar Sumber Google

Apakah itu ulser mulut?

Ulser mulut adalah luka di dalam kawasan lembut mulut anda. Ulser ini nampak seperti tompokan warna putih/krim yang bersaiz kurang dr 5mm biasanya. Ulser mulut boleh terjadi berulang kali,ia mungkin dalam satu tompok atau berkumpulan,2 hingga 5 tompok. Ulser akan sembuh tanpa meninggalkan parut. Penyakit ulser ini kerap berlaku di bahagian dalam bibir, pipi dan ada kalanya di bahagian lidah dan gusi. Malah ia juga boleh menyerang ke kawasan anak tekak dan lelangit mulut.

Simptom-simptom ulser mulut

Tompokan warna putih dan terasa sakit apabila bersentuhan dengan makanan. Tompokan ini boleh berlarutan 7 hingga 14 hari. Ulser mulut menyebabkan anda hilang selera untuk makan dan minum kerana sakit mulut. Kadangkala anda berasa malas untuk bertutur. Bersaiz antara 2mm-5mm dan boleh jadi lebih besar apabila beberapa tompokan ulser mulut bergabung.

Sebab-sebab terjadinya ulser mulut:

  • Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
  • Jangkitan bakteria, virus atau fungus akibat mengabaikan kesihatan dan kebersihan mulut.
  • Ulser juga boleh disebabkan kerana kecederaan fizikal/trauma fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, bentuk gigi yang tajam dgn kedudukan gigi kurang sesuai dan terkena dawai alat ortodontik.
  • Pengambilan zat besi, asid folik dan vitamin B 12 yang tidak mencukupi.
  • Stress
  • Sistem imuniti badan yang lemah
  • Alahan
  • Radioterapi
  • Kimioterapi
  • Sebab-sebab yang tidak diketahui.

Tips menangani ulser mulut

Jika anak atau anda kerap mengalami ulser,amalkan:
  • Pemeriksaan gigi berkala setiap 6 bulan (mulut yang sihat juga berkait dgn gigi yang sihat)
  • Gunakan pencuci antiseptik mulut / berkumur dengan air garam
  • Amalkan makan secara sihat
  • Cukupkan pengambilan nutrien melalui suplemen jika perlu
  • Elakkan pengambilan jus yang terlampau masam dan makanan pedas/berempah.
  • Minum air kosong dengan mencukupi (sekurangnya 2-3L sehari)
  • Elakkan stress yang melampau

Rawat Ulser dengan Shaklee

Dengan Shaklee, kita boleh rawat ulser mulut ni. Jom tengok vitamin apa yang sesuai.

Vitamin-vitamin Yang Membantu Atasi Ulser Mulut
  • B-Complex => Mencegah ulser mulut
  • Vita-C => Membantu pemulihan membran mukosa mulut
  • ESP Shaklee => Melengkapkan keperluan Lysine dalam tubuh
  • Alfalfa Complex => Menyahtoksin di seluruh tubuh
  • Herblax => Membersihkan dan menyahtoksin dalam perut tempat berkumpulnya segala jenis toksin 


Boleh add FB saya Nur syifa
Whatsapp atau wechat juga boleh di 017-4622087
Email: afiysrun@gmail.com
Fanpage: supplement.ifa


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan