Momkidsbabybeauty

Momkidsbabybeauty


Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melawat momkidsbabybeauty.blogspot.com

Saya Nursyifa Abdul Wahab, Shaklee Independent Distributor anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penghantaran percuma di Pulau Pinang (area Pulau). Pengeposan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia

Shaklee ID: 1096835 |afiysrun@gmail.com| 0174622087| FB:Nur syifa | FB Page:supplement.ifa

Isnin, 7 Julai 2014

Induksi (Induce)

Mengapa Perlu Induksi?



Sekiranya ibu hamil masih belum melahirkan bayi walau sudah melewati tarikh jangkaan bersalinnya, maka doktor akan melakukan tindakan selanjutnya bagi mengelakkan sebarang risiko ke atas ibu dan bayi.

Pernahkah anda mendengar kelahiran induksi? Ia satu prosedur di mana doktor perlu menyuntik ibu dengan sejenis hormon sintesis iaitu pitocin yang berfungsi meningkatkan hormon oksitosin pada tubuh untuk merangsang proses kontraksi.

Kelahiran induksi mesti dilakukan sekiranya ibu sudah beberapa hari melebihi tarikh jangkaan bersalin dan dalam masa yang sama ibu ada masalah air ketuban sedikit. Air ketuban sangat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Sementara ketika saat kelahiran, air ketuban berperanan untuk terus membekalkan oksigen kepada si kecil sebelum dia menjengah ke dunia.

Sekiranya air ketuban semakin berkurangan, ia sangat berbahaya kepada bayi dalam kandungan kerana boleh menyebabkan kematian. Justeru sekiranya ibu sudah melewati tarikh bersalin dan air ketuban sudah bocor, induksi sangat diperlukan bagi mempercepatkan proses bersalin.

Fungsi hormon adalah untuk mempercepatkan proses bukaan pintu rahim agar ibu tidak terlalu banyak mengeluarkan air ketuban. Selain itu induksi juga biasanya diberikan kepada ibu hamil yang mempunyai masalah diabetes, tekanan darah rendah dan mempunyai risiko jangkitan boleh berjangkit kepada bayi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan