Momkidsbabybeauty

Momkidsbabybeauty


Selamat Datang dan Terima Kasih kerana melawat momkidsbabybeauty.blogspot.com

Saya Nursyifa Abdul Wahab, Shaklee Independent Distributor anda di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Penghantaran percuma di Pulau Pinang (area Pulau). Pengeposan ke Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak, Singapura, Brunei dan Indonesia

Shaklee ID: 1096835 |afiysrun@gmail.com| 0174622087| FB:Nur syifa | FB Page:supplement.ifa

Isnin, 15 September 2014

Apa yang best tentang Kolagen Shaklee?

Kolagen kecantikan

Ramai yang PM/SMS bertanyakan tentang kolagen powder SHAKLEE. Wah hot gitu :) Ramai yang dh cuba COLLAGEN POWDER SHAKLEE ni..tak percaya?



Ok balik pada tajuk, saya ringkaskan segala pertanyaan customer2 tentang COLLAGEN SHAKLEE powder ni. Semoga ianya membantu menjawab segala kemusykilan tentang produk ini.
  1. Apa kandungan kolagen shaklee? 
  2. Apa istimewanya kolagen shaklee?
  3. Macam mana bentuk kolagen shaklee? Serbuk ke pil 
  4. Tahan berapa lama kolagen shaklee
  5. Macam mana aturan makan kolagen shaklee
  6. Berapa harga kolagen shaklee
  7. Siapa sesuai amik kolagen shaklee?
  8. Macam mana rasa kolagen shaklee?
  9. Boleh tak kolagen diambil bersama product lain? 
  10. Ibu menyusu boleh amik tak kolagen shaklee? 
  11. Macam mana nk beli kolagen powder
Saya akan jawab satu persatu persoalan di atas. Teruskan pembacaan ya.

Isnin, 8 September 2014

Pengambilan vitamin dan kesan sampingan

Saya ingin kongsikan pengetahuan ini supaya tiada salah faham tentang pengambilan vitamin terutama Shaklee.

Pada saya
 tidak salah kita berkongsi perkara yang membawa kebaikan pada seluruh manusia sejagat.Buat yang masih baru mengenali vitamin Shaklee, berbesar hati ingin saya nyatakan kelebihan Shaklee ialah kerana ianya telah lebih 50 tahun berada dalam pasaran Malaysia. Apakah beza sebenar produk Shaklee dengan vitamin lain yang boleh di dapati dari klinik kerajaan dan farmasi? Pertama sekali yang buat saya sangat puashati ialah kerana tiadanya silika gel seperti dalam rata2 botol vitamin. Ini menandakan ianya asli dan bukan sintetik (tiruan). Vitamin Shaklee tidak mempunyai perasa tambahan, pengawet tambahan malah tiada bahan tambahan yang tidak diperlukan oleh badan.

Permintaan set B yang kami sediakan dalam bentuk pakej adalah sangat sesuai buat ibu yang sedang menjayakan penyusuan susu ibu. Apakah vitamin yang terkandung dalam set B sebenarnya? Dalam pakej ini mengandungi Multivitamin @ Vitalea, B complex, Vitamin c dan Alfalfa.

Namun ramai yang tidak tahu kepentingan utama pengambilan vitamin ini. Hakikatnya pengambilan vitamin ini membantu tubuh sihat dan sustained iaitu kekal bertenaga walaupun bekerja.

KESAN UTAMA setelah mengambil vitamin Shaklee ini ialah :

Kesan Kekurangan Kolagen Dalam Badan

Apa itu Kolagen ?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

  • Kolagen I: terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  • Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  • Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  • Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

FUNGSI KOLAGEN

Jumaat, 5 September 2014

7 FAKTA TENTANG KANSER

Anggaran Peningkatan Pesakit Kanser Seluruh Dunia pada Tahun 2020 Boleh Meningkat Sehingga 50% Iaitu Bersamaan Dengan 15 Juta Orang !


FAKTA 1 : APA ITU KANSER?

Badan kita di bina daripada jutaan unit yang di panggil sel. Sel-sel ini adalah unit asas kehidupan. Sel-sel sama jenis bergabung membentuk tisu dan seterusnya organ seperti jantung, hati, otak, paru-paru dan sebagainya.

Kanser adalah penyakit yang berkaitan dengan sel. Secara normal sel akan mati akibat peningkatan umur dan mengalami kecederaan. Tubuh badan kita akan menggantikan sel-sel ini dengan jumlah dan jenis sel yang betul. Kadang-kala sel-sel ini akan terus berkembang dan bertambah tanpa henti. Sel yang tidak normal ini dinamakan tumor. Tumor ini akan mengelilingi sel dan mengambil khasiat daripada sel. Tumor ini mungkin adalah kanser. Sel-sel kanser ini akan berkembang dan tersebar ke organ badan yang lain melalui saluran darah dan limpa.

Selasa, 2 September 2014

PROMOSI SHAKLEE SEPTEMBER 2014 - MEAL SHAKES & SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bulan September ni memang best. Sebab bulan ni ada 2 promosi. Kita Double Promo lah.
Jadi pengguna tegar Shaklee boleh lah kumpul-kumpul order dari kawan-kawan, sedara-mara semua untuk share beli double promo ni ye. Super Jimat!


Collagen Powder Shaklee (Buy 6 free 1)
Mealshakes Shaklee (Buy 3 Free 1)


Isnin, 4 Ogos 2014

12 Tips kekal langsing di hari raya

Musim perayaan memang seronok tetapi kerap menjadi punca kenaikan berat badan yang tak di jangka pada masa yang sama. Lagi-lagi lah kalau beraya sebulan.Rumah terbuka sana sini. Makanan yang terhidang pun semua nampak sedap.Kan?Rugi kalau tak jamah...



Tetapi seringkali kita jadikan hari raya sebagai hari untuk melunaskan dendam setelah sebulan menahan lapar dan dahaga, dengan makan secara berlebihan. Tabiat makan sebegini tentu sahaja mengundang keburukan, terutamanya terhadap kesihatan. Sebagai langkah berjaga-jaga,

Rabu, 16 Julai 2014

6 Tips Agar Tidur Lebih Lena



T.I.D.U.R adalah aktiviti yang cukup ‘syok’ bagi sesetengah orang. Jom ketahui teknik berkesan untuk tips tidur lena di sini.

Ketika tidurlah kita dapat beristirehat dan badan akan terasa lebih segar saat kita bangun nanti.

Sewaktu tidur jugalah tubuh kita akan bekerja untuk memperbaiki sel-sel yang rosak dalam tubuh serta membuat fikiran kita menjadi lebih tenang.

Masalah tidak cukup tidur atau tidur yang tidak berkualiti adalah perkara yang sering kita dengar. Tak tidak kira di pejabat, kelas mahupun di warung kopi. Malah, wujud juga penyakit yang disebabkan kekurangan waktu tidur, iaitu insomnia.

Kurang tidur boleh menyebabkan emosi seseorang itu menjadi tidak stabil, penat dan kemampuannya untuk berfikir juga menjadi berkurangan. Ramai yang mengalaminya, walaupun saat itu sudah terlentang di atas katil tapi mata tetap juga tak mahu lelap!

Macam mana nak atasi masalah ini supaya kita boleh menikmati tidur lena di malam hari? Jangan risau, anda boeh cuba beberapa tips ini. Antaranya ialah:

1.Elak Mengambil Kafien

Kebaikan Hubungan Seks Sihat

Keharmonian rumah tangga bukan setakat hubungan seks yang manis.

Kebaikan hubungan seks sihat turut memberikan manfaat yang besar buat kesihatan dan kecantikan kulit. Berikut ini beberapa kebaikan hubungan seks sihat yang dilakukan secara rutin dengan pasangan anda.



1. Melawan Kedutan

Selasa, 15 Julai 2014

KLIK GAMBAR UNTUK TERUS ORDER

Anti-Aging

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cceff8faa855336ad53b3325914caea2

Anti-Oxidants

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=6289deccda230bf7fe2733a9f943a66e

Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c19f67a7c04025098239b4d81f6c1c78

Breastfeeding Set

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=d80126524c1e9641333502c664fc6ca1

Children's Health Chewable

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4b0a0290ad7df100b77e86839989a75e


Gout Set Fiber


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=b500a92764c137e68f3d66a7941b3319

Immune Booster

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=55fbc366e0beb63e08ffc35e56e44242

Preggy Mommies

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=a0b286be4319741767e21c8c2216fa77

Weight Management Fiber

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cde52d3f5013d4f75b0e6f46dddafcae

Individuals that don't like pills @ tablets

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=863a76ba2c63cb56d4e4c40508ac3de0

SET DIET SHAKLEE IKUT BAJET ANDA



3 Langkah untuk Menurunkan Berat Badan dengan Shaklee

LANGKAH PERTAMA : DETOX 

TOTAL WELLNESS PROGRAM

Di bawah ini disenaraikan pelbagai suplemen SHAKLEE yang disyorkan mengikut taraf kesihatan masing-masing. Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut dan free consultations.
  1. Anti-Aging
    ~ Vivix
  2. Anti-Oxidants
    ~ CarotoMax, Vitamin C, Vitamin E, Vivix
  3. Athma, Sinus (Resdung), Allergy, Hives (Gegata), Eczema
    ~ Alfalfa, B Complex, Vitamin C
  4. Breastfeeding Set
    ~ Vitalea, B Complex, Vitamin C, Alfalfa, ESP, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
  5. Children's Health Chewable
    ~Vitalea, Chewable Vitamin C, Omega Guard, MealShake
  6. Confinement Set
    ~ Vitalea, B Complex, Vitamin C, Zinc, Vitamin E, ESP, Omega Guard
  7. Diabetes Set Fiber
    ~ GLA Complex, B Complex, Vitamin C
  8. Gout Set Fiber
    ~ Performance Drink, Omega Guard, Alfalfa
  9. Immune Booster
    ~ NutriFeron
  10. Men's Health
    ~ Vitalea, B Complex, Vitamin C, Vitamin E, Ostematrix, Omega Guard, Performance Drink
  11. Preggy Mommies
    ~ Vitalea, B Complex, Vitamin C, ESP, Ostematrix, Omega Guard
  12. Skin Care
    ~ B Complex, Vitamin C, Vitamin E, ESP, Ostematrix, Vivix
  13. Students' (12 years ++)
    ~ Vitalea, B Complex, Vitamin C, Lecithin, Omega Guard
  14. Weight Management Fiber
    ~ Lecithin, Cinch Shake Mix, Cinch energy Tea Mix
  15. Individuals that don't like pills @ tablets
    ~ Meal Shake, ESP, Vivix, NutriFeron

Vitamin SHAKLEE untuk badan letih kembali bertenaga

Saya sentiasa diajukan soalan oleh pelanggan shaklee mengenai vitamin untuk mengatasi badan yang selalu penat dan letih terutamanya dari golongan ibu-ibu. Ya, saya juga ibu. Jadi saya amat faham bagaimana penatnya menjalani rutin harian seorang ibu apatah lagi bagi mereka yang bekerja dan tidak punya pembantu di rumah. Orang kata ibu ni bekerja non stop. Celik mata sampai la tutup mata semula untuk tidur. Tiada waktu untuk bermalas-malasan.

Salah satu punca badan letih adalah kerana pemakanan. Lebih khusus adalah kerana diet yang kurang zat besi. Kekurangan zat besi yang melampau dalam badan boleh menyebabkan anemia iaitu keadaan di mana hemoglobin di dalam darah adalah lebih rendah daripada paras normal. Wanita terutamanya memang terdedah kepada gejala anemia kerana wanita mengalami haid, lebih berisiko jika tempoh haid itu lama. Tambah buruk, pengambilan zat besi semasa tempoh haid diambil mudah.

Tekanan, juga penyumbang kepada keadaan merasa letih. Kesan sampingan akibat letih adalah kemurungan. Adalah sangat tidak bagus jika ibu mengalami kemurungan. kesannya pasti akan terbawa2 kepada emosi anak-anak. Kemurungan juga boleh membawa kepada masalah tidak selera makan, bimbang dan tiada keinginan terhadap hubungan suami isteri. Pasti ibu2 tidak mahu keadaan ini berlaku kerana ia boleh mengganggu kerukunan rumah tangga, bukan??

Rawat Ulser Mulut dengan Shaklee

Cuaca Malaysia sekarang ni tak menentu. Kejap kita rasa sejuk sangat2. Esoknya tu tetiba rasa panas membahang. Yang kesiannya pada anak2 kecil lah. Demam, batuk, selsema. Dengan penyakit sebaran nya lagi macam denggi tu. Macam-macam.

Semalam baru sorang kawan cakap anaknya ada ulser mulut. Pedih woo ulser mulut ni. Kita yang dewasa pun tak tertahan. Inikan budak2.. Kesian sampai taknak makan, minum semua. Yelah, pedih mulut. Mana lalu nak telah apa2.

Dulu masa sekolah, ada jugak sorang kawan ni, tiap kali datang bulan mesti ada ulser. Banyak pulak tu. Seram jgk tengoknya. Orang kata ulser mulut ni sebab panas dalam dengan kurang air. Jom kita tengok sikit2 pasal ulser mulut ni.


Gambar Sumber Google

Apakah itu ulser mulut?

Isnin, 14 Julai 2014

Promo Vivix Julai 2014: Jimat Berganda!!

Bulan Julai Promosi Vivix , sangat sesuai sebab tidak lama lagi nak raya, semua mesti nak sihat walafiat, nak gebu, berseri-seri tanpa sebarang jerawat kan. Testimoni pengguna Vivix sangat banyak tapi saya pilih yang berlainan kes supaya senang jadi rujukan. Ada yang terkena kencing manis, darah tinggi, sembelit, stroke, tibi, perokok tegar dan lain-lain kes lagi. Bagi yang tidak tahu lagi apa produk Vivix ni, khasiat Vivix, apa yang Vivix boleh buat untuk kesihatan kita, keistimewaan Vivix, boleh baca ringkasan mengenai Vivix Shaklee dan untuk tempahan, sekarang anda boleh membuat order sendiri dengan hanya klik gambar VIVIX tersebut dan anda boleh isi borang yang diperlukan. sangat mudah kan?....

Bagi saya VIVIX ni ibarat 'combo'. 10 manfaat kesihatan dalam satu botol. Sebab tu ada yang gelarkanya TONIK AJAIB.

Jumaat, 11 Julai 2014

1001 Kegunaan BASIC - H SHAKLEE


BASIC - H

Banyak kegunaan Basic-H ni untuk rutin harian kite

Basic H Shaklee



Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate

Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.

Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah

Pencerahan:Shaklee menolak sunnah?

Assalammualaikum kepada semua yang sudi membaca.

Hari ni bersempena hari Jumaat yang penuh barakah ni, saya terpanggil untuk berkongsi persoalan yang sering bermain di pemikiran para pengguna produk kesihatan Shaklee. Ramai di antara mereka menyatakan bahawa semua pengedar shaklee ini adalah pendokong kepada barang jenama Amerika Syarikat yang terang-terangnya adalah sebuah syarikat milik bukan Islam.

Dan ini sebenarnya sesuatu yang sering Independent Distributor seperti kami terpaksa berhadapan setiap kali ditanya oleh pelanggan yang budiman.


SOALAN:

Antara soalan-soalan yang famous dan seringkali ditanya adalah seperti berikut:
  1. Benarkah kami tidak mengikut sunnah kerana menggunakan dan menjual produk Shaklee?
  2. Benarkah apabila kita menjual segala produk Shaklee, ia seolah-olah menunjukkan kita tidak menyokong ekonomi umat Islam/Bumiputera kerana Produk Shaklee merupakan syarikat luar negara yang beribu pejabat di US?
  3. Adakah Sistem MLM Shaklee ini merupakan sistem piramid yang dijalankan oleh kebanyakkan syarikat MLM yang ada di Malaysia yang mana kebanyakkannya menindas ramai orang baru yang memulakan bisnes?
  4. Yang terakhir adalah, benarkah penjual-penjual shaklee ini di lihat seperti tidak mengamalkan makanan sunnah seperti kurma, madu dan habbatussauda yang terang-terangnya banyak memberi manfaat kepada tubuh badan manusia seperti yang telah disarankan oleh Rasulullah S.a.w?

JAWAPANNYA:

Khamis, 10 Julai 2014

Percanggahan Pendapat Mengenai Basic H Shaklee

Basic H Shaklee


http://www.shaklee.com.my/eng/prodview_home.asp?prodcode=00015

Saya terpanggil untuk menulis sesuatu tentang Basic H setelah terjumpa isu tentang Basic H dan kegunaannya yang dikatakan 'kontroversi'. Dalam hal ni, saya akan cuba sedaya upaya untuk stay neutral dan beri komen yang neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Apa yang saya katakan adalah berdasarkan FAKTA semata-mata.

Cuma sebelum saya menulis dengan lebih lanjut, saya harap anda sebagai pembaca mampu mengekalkan 'a positive attitude' dan saya harap anda boleh menjadi 'a good listener and reader' atas apa yang saya tulis. Jangan kerana berita lepas, anda terus mempunyai tanggapan yang salah.

Senangnya macam ni.... dah banyak sejarah yang berlaku dimana sekiranya usaha kita untuk mencari ilmu / fakta kerana inginkan kebenaran, itu yang Allah akan berikan kepada kita. Tetapi, jika usaha kita mencari fakta / ilmu adalah kerana ingin memburukkan sesuatu, maka hannya keburukan yang akan kita jumpa... so please keep an open mind.

Apa itu Basic H?

Isnin, 7 Julai 2014

Fakta Menarik Ibu Bersalin



Melahirkan bayi merupakan perjuangan hidup mati seorang wanita. Kesakitan dan keperitan yang ditanggung tiada tolok bandingnya. Ketahui beberapa fakta menarik mengenai proses melahirkan bayi.
  1. Hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh EDD (Estimated Due Date) mereka. Kebanyakannya lahir antara minggu ke 37 dan 42 kehamilan.
  2. Sehingga bersalin, rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
  3. Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500ml.
  4. Kira-kira 80% wanita mengalami sindrom “Baby Blues” semasa dua minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
  5. Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula. Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
  6. Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del. Tetapi semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
  7. Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin, tercatatlah pahala jihad baginya.
  8. Apabila seorang ibu melahirkan anak, terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
  9. Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
  10. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.

Induksi (Induce)

Mengapa Perlu Induksi?



Sekiranya ibu hamil masih belum melahirkan bayi walau sudah melewati tarikh jangkaan bersalinnya, maka doktor akan melakukan tindakan selanjutnya bagi mengelakkan sebarang risiko ke atas ibu dan bayi.

Pernahkah anda mendengar kelahiran induksi? Ia satu prosedur di mana doktor perlu menyuntik ibu dengan sejenis hormon sintesis iaitu pitocin yang berfungsi meningkatkan hormon oksitosin pada tubuh untuk merangsang proses kontraksi.

Kelahiran induksi mesti dilakukan sekiranya ibu sudah beberapa hari melebihi tarikh jangkaan bersalin dan dalam masa yang sama ibu ada masalah air ketuban sedikit. Air ketuban sangat penting untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Sementara ketika saat kelahiran, air ketuban berperanan untuk terus membekalkan oksigen kepada si kecil sebelum dia menjengah ke dunia.

Sekiranya air ketuban semakin berkurangan, ia sangat berbahaya kepada bayi dalam kandungan kerana boleh menyebabkan kematian. Justeru sekiranya ibu sudah melewati tarikh bersalin dan air ketuban sudah bocor, induksi sangat diperlukan bagi mempercepatkan proses bersalin.

Fungsi hormon adalah untuk mempercepatkan proses bukaan pintu rahim agar ibu tidak terlalu banyak mengeluarkan air ketuban. Selain itu induksi juga biasanya diberikan kepada ibu hamil yang mempunyai masalah diabetes, tekanan darah rendah dan mempunyai risiko jangkitan boleh berjangkit kepada bayi.

Sabtu, 5 Julai 2014

Khasiat Diperlukan Kanak-Kanak



Kanak-kanak dalam lingkungan satu setengah hingga tiga tahun sangat lasak. Hari-hari mereka penuh dengan aktiviti yang memerlukan pergerakan aktif. Oleh itu mereka amat memerlukan sajian makanan yang berkhasiat dan seimbang.

Kebimbangan ibu bapa terhadap keperluan khasiat makanan anak mereka memang perkara normal. Namun, perlu diketahui, selagi anak anda makan makanan daripada piramid makanan yang dicadangkan ia sudah mencukupi.

Antara makanan yang tergolong daripada kumpulan yang disarankan termasuk roti, pasta, nasi, ubi kentang, buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu, telur, ikan dan daging. Oleh itu sekiranya si manja makan kesemua makanan tersebut, anda tidak perlu risau.

Tips Bekalkan Tenaga Anak Ketika Berpuasa




Pemakanan kanak-kanak yang baru belajar berpuasa perlu dititikberatkan. Hal ini mustahak agar dia kekal bertenaga sepanjang hari dan mampu melengkapkan ujian berpuasa sebulan dengan sempurna.
Dalam mendidik anak-anak, semuanya harus dilakukan sejak dari usia kecil. Sama juga halnya dengan ibadah puasa di bulan Ramadhan ini. Untuk peringkat permulaan, anda bolehlah meminta dia berpuasa mengikut kemampuan diri masing-masing. Tidak perlu memaksa dia untuk berpuasa penuh sehari. Apa yang penting, anda sudah mengorak langkah permulaan untuk mendidiknya makan secara sihat ketika melaksanakan rukun Islam ketiga ini.
Biar apa pun pilihannya, ketahuilah bahawa makanan adalah sumber penting dalam membekalkan tenaga kepada si kecil yang baru belajar untuk menunaikan ibadah puasa. Bagi anak anda yang hanya mampu berpuasa setengah hari pun, anda tetap perlu meneliti makanan yang diambilnya agar dia tidak mudah berasa lapar di pertengahan hari.
Agar usaha si anak berjaya melunaskan tuntutan berpuasa ini, anda memainkan peranan penting dalam mengatur rutin pemakanannya. Pemilihan makanan yang seimbang dan sihat ketika bersahur mahupun saat berbuka puasa adalah antara yang perlu anda ambil peduli. Justeru, panduan berikut boleh anda aplikasikan dalam membantu dia menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.

Jumaat, 4 Julai 2014

Bagaimana nak order terus melalui blog



Kalau masih ada yang belum tahu, Shaklee dah memudahkan pembelian para pengguna iaitu dengan wujudnya eSell. eSell ni seumpama bakul belian yang mengandungi produk yang ingin dibeli oleh pengguna. Produk tersebut boleh dibeli dalam bentuk single produk mahupun Cadangan Suplemen untuk sesetengah masalah kesihatan. Jadi anda dah tak perlu nak susah payah ambil masa ke kaunter bank atau cash deposit machine untuk bank in atau transfer duit ke dalam account bank pengedar Shaklee. Dengan eSell, ianya sungguh mudah. Anda hanya perlukan internet, kad debit dan enjoying your buying!

Seperti contoh, jika pengguna ingin membeli produk promo bulan ini iaitu Vivix, pengguna boleh click sahaja gambar di bawah

Rawat Masalah Parkinson

Supplement Untuk Parkinson

Rawat parkinson dengan vivix shaklee

Apa itu penyakit Parkinson?

Penyakit Parkinson adalah sejenis penyakit yang melibatkan 'sistem saraf otak'. Antara simptom yang ketara pada pesakitnya adalah mempunyai masalah koordinasi, keseimbangan dan kesukaran untuk berjalan. Berbeza dengan penyakit Alzheimer dan dementia, ia tidak menjejaskan memori serta fungsi kognitif pesakitnya.

Penyakit Parkinson berlaku apabila sel yang menghasilkan sejenis bahan kimia dikenali sebagai "dopamine" mengalami gangguan atau rosak. Tanpa "dopamine", tubuh badan kita tidak dapat memberikan tindak balas dan berfungsi dengan baik. Antara faktor yang boleh menyebabkan kerosakan sel adalah pendedahan melampau terhadap bahan-bahan merbahaya seperti racun rumput, racun serangga dan bahan kimia industri.

Kebanyakan pesakit Parkinson berusia 50 tahun ke atas. Kajian terbaru menunjukkan faktor genetik juga boleh menyebabkan seseorang menghidapnya.

Gejala Parkinson

Tak Suka Telan Pil

10 KEBAIKAN VIVIX!

  1. Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
  2. Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
  3. Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
  4. Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
  5. Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
  6. Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk
  7. Membantu dlm proses penurunan berat badan
  8. Menyokong kesihatan mata
  9. Meningkatkan kesihatan imum badan
  10. Menggalakan kesihatan keseluruhan

Rabu, 2 Julai 2014

Cergas Bertenaga Dengan Set Berpuasa Shaklee

Energy Booster untuk persediaan bulan puasa

Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Mealshake (perasa French Vanilla), Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.

Pilihan Terbaik Untuk Si Manja Anda

Anak merupakan anugerah terindah dari Illahi yang tidak ternilai harganya bagi setiap pasangan yang telah berkahwin. Malah ada ibubapa yang sanggup buat apa sahaja demi anaknya. Tapi tak boleh over pulak ye janji ikut kemampuan. Saya juga sejak bergelar seorang ibu ni kalau pergi shopping pun lebih nak belikan untuk anak je walhal dulu zaman single memang kaki shopping..Itulah penangan seorang anak..

Jadi bagaimana saya boleh bantu anda?

Setiap kanak-kanak yang sedang membesar sangat-sangat memerlukan sumber zat yang mencukupi. Namun kadang kala di sebabkan faktor masa, kewangan, ramai yang mengambil ringan mengenai isu ini. Pada masa kini ibubapa lebih cenderung mendedahkan anak-anak kepada junk food, fast food. Sekali sekala tak salah sebab saya juga kadang2 membawa mereka makan KFC, Pizza Hut, tapi dalam masa sama ibubapa perlu menitik beratkan soal kandungan nutrisi di dalam setiap hidangan mereka. Susu sahaja tidak mencukupi ye. Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan kesemua jenis vitamin yang di perlukan oleh tubuh.

Rawat Slip Disc Dengan Shaklee

Slipped Disc

Slipped disc adalah masalah tulang belakang beralih atau menggelongsor dari kedudukan asalnya di sebabkan oleh gel di antara tulang yang berfungsi menyerap tekanan bocor dan menyebabkan berlakunya peralihan. Jadi bila terjadi fenomena ini maka tulang akan menekan pada saraf-saraf yang mengawal anggota badan seperti kaki, tangan dan leher yang menyebabkan kesakitan yang teramat sangat sehingga boleh menyebabkan berlakunya kebas.


Setakat ini masih belum ada ubat untuk menghilangkan penyakit. Cuma terdapat beberapa kaedah bergantung pada severity slip disc itu sendiri.

Penawar Rambut Gugur

Rambut Gugur



Antara masalah lazim yang sering di alami oleh kaum lelaki dan wanita adalah masalah keguguran rambut. Masalah ini kebiasaannya di sebabkan faktor dalaman serta luaran seperti stress, gaya hidup yang tidak sihat ( tidak dapat nutrisi yang mencukupi), hormon yang tidak seimbang yang menyebabkan folikel rambut terjejas dan juga memendekkan fasa aktif rambut, pencemaran dari luar (bahan2 kimia dari syampu yang tak sesuai), ataupun kepanasan yang melampau, akibat suka mewarnakan rambut dan mengubah fesyen rambut. Dan kesemua faktor-faktor ini tidak akan memberi kesan yang serta merta tapi ia akan mengambil masa perlahan-lahan untuk menjadi lebih serius tanpa di ketahui.

LANGKAH PENCEGAHAN

Soalan Lazim Mengenai Vivix

Vivix Shaklee

Lagi-lagi cerita mengenai Vivix. Hari ini saya nak share sedikit sebanyak mengenai Vivix Shaklee. Saya percaya sekarang ramai orang dah tahu tentang kehebatan Vivix Shaklee ini. Terutama kepada mereka yang mempunyai masalah kanser, diabetes, darah tinggi, jantung, sakit sendi, gout, awet muda, dan macam-macam lagi. Ini kerana, kebanyakan pengguna vivix semua memberi feedback positif. Cuma ada sesetengah pengguna yang pada permulaan pengambilan Vivix ini mendapat healing creasis (krisis pemulihan). Jika berlaku healing creasis jangan risau, teruskan mengambil vivix atau suplemen yang lain & banyakkan minum air suam. In sya Allah healing creasis akan hilang dengan sendiri. Kepada anda yang masih tidak tahu macam mana rupa bentuk vivix, boleh refer picture di bawah...comey, seksi, menarik, exclusive dan mengancam kan bentuk botolnya? Tu baru botol tau, belum lg kesan kepada badan..hehehe.

1. Apa itu Vivix?

Pemikiran yang salah mengenai Vivix Shaklee

APA ITU VIVIX?

Vivix merupakan minuman campuran botani yang mana menjadi revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

BAGAIMANA VIVIX MEMBANTU MANUSIA DARI SEGI KESIHATAN?